"Saling bermaafan di pagi raya." - Netizen persoal keluarga Neelofa sambut raya bersama?

Oleh: Zuzu Yasmine

Kembali menjadi perhatian netizen apabila sebuah video menyambut hari raya tular di laman Twitter berkenaan keluarga usahawan dan selebriti terkenal Neelofa.

Menerusi seorang pengguna laman Twitter @TheZollonist telah memuat naik sebuah video yang memaparkan keluarga berkenaan saling bermaafan di pagi raya pertama.

Dipercayai, video tangkapan skrin tersebut milik kakak Neelofa iaitu Noor Nabila berdasarkan nama laman Instagram yang tertera miliknya. Bagaimanapun, video tersebut telah dipadam.

Syawal yang penuh mulia

Rakaman video berdurasi 27 saat itu telah memperlihatkan seorang wanita mirip Neelofa serta suaminya, Haris Ismail yang bersalaman serta berpelukan dengan ibu bapa mereka.

Bukan pasangan itu sahaja, turut kelihatan adik beradik selebriti tersebut iaitu Noor Nabila dan suaminya Engku Emran serta Mohamed Aqief.

Video dah dipadam

Namun, tidak dapat dipastikan disebabkan Noor Nabila telah memadam video tersebut dari Instagram miliknya.

Sehubungan itu, netizen mula mempersoalkan sekiranya ahli keluarga tersebut tinggal bersama dalam satu rumah atau sebaliknya memandangkan kerajaan telah melarang semua rakyat melakukan ziarah Aidilfitri.

Video lama mungkin

Meriahnya duduk serumah

Jenuh nak buka kertas siasatan

Sebelum ini, bekas pengacara MeleTOP itu telah dikompaun RM20,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi kesalahan mengadakan majlis pernikahan serta merentas negeri.

Malah, dia dan suami juga didakwa melanggar SOP dengan merentas negeri ke Nilai untuk membeli karpet dan difahamkan kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen