Didapati tak tinggal sebumbung, polis panggil semua ahli keluarga Norman & Abby

Kemeriahan Aidilfitri pada tahun ini jelas sekali berbeza apabila segelintir pihak terpaksa menyambutnya sendirian tanpa ahli keluarga, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini susulan perintah kawalan pergerakan yang diumumkan sebagai usaha kerajaan mengekang penularan virus Covid-19 ini.

Bagaimanapun, masih ramai yang ingkar pelaksanaan tersebut dengan mengadakan aktiviti ziarah dan tak kurang juga yang melakukan cubaan rentas negeri atau daerah tanpa permit pergerakan polis.

Ziarah Aidilfitri

Baru-baru ini tular di laman sosial gambar keluarga selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim yang meraikan Aidilfitri bersama-sama iaitu berlakunya aktiviti ziarah rumah.

Susulan perkara tersebut, polis akan mengambil keterangan semua ahli keluarga yang didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Gambar raya tersebar

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohamed Farouk Esha memaklumkan bahawa tindakan diambil setelah pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan pelanggaran SOP tersebut selain mengesan satu gambar keluarga selebriti yang tular di laman sosial dan portal.

"Gambar berkenaan menunjukkan sambutan hari raya bersama seisi keluarga yang disyaki tidak tinggal sebumbung di kediaman selebriti terbabit yang terletak di Hulu Klang, Ampang, Selangor."

"Terdapat lebih 13 individu disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan."

-Mohamed Farouk-

Langgar SOP PKP

Selain itu, tambah beliau lagu majlis tersebut juga dijalankan tanpa mematuhi SOP iaitu melakukan aktiviti ziarah hari raya yang sedia maklum ia tidak dibenarkan oleh Majlis Keselamatn Negara (MKN).

"Majlis tersebut dijalankan tanpa mematuhi SOP yang telag ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara iaitu ziarah hari raya dan aktiviti berkenaan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan tempoh PKP."

-Mohamed Farouk-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen