Isu langgar SOP raya, Neelofa & keluarga beri keterangan di IPD Brickfields

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan video saling bermaafkan di hari raya yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP), ahli keluarga usahawan dan selebriti terkenal Neelofa telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields hari ini.

Menerusi laporan Harian Metro, turut kelihatan berada di IPD berkenaan bapa kepada pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu.

Difahamkan, mereka tiba menaiki sebuah kenderaan Toyota Alphard berwarna putih pada jam 2.51 petang.

Sebelum ini, pihak polis telah menjalankan siasatan terhadap keluarga berkenaan kerana didakwa melanggar SOP ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri .

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Anuar Omar dilaporkan, terdapat video tular yang dimuat naik melalui akaun Instagram kakak kepada selebriti berkenaan yang merakamkan detik sambutan Hari Raya Aidilfitri Khamis lalu di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail.

Hasil siasatan awal mendapati video tular yang berdurasi selama 26 saat itu memaparkan ahli keluarga selebriti berkenaan didapati berkumpul di sebuah rumah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Untuk makluman, Neelofa sebelum ini telah dikompaun RM20,000 kerana melanggar SOP bagi kesalahan mengadakan majlis pernikahan serta merentas negeri.

Malah, dia dan suami juga didakwa sekali lagi melanggar SOP dengan merentas negeri ke Nilai untuk membeli karpet yang dikatakan kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen