Tuan rumah dikompaun RM4,000 anjur majlis kahwin waktu PKP

Setiap hari ada sahaja terpampang di media sosial berkenaan dengan individu melanggar SOP, apa yang mereka fikirkan sehingga berani ambil risiko seperti itu?

Memetik laporan Berita Harian, sebuah keluarga di Iskandar Puteri dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 selepas mengadakan majlis kenduri kahwin pada Jumaat lalu.

Tetamu turut hadir

Ketua Polis Johor iaitu Datuk Ayob Khan memaklumkan bahawa tindakan dikenakan kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan.

"Sebaik tiba di lokasi berkenaan, kami mendapati majlis kenduri berkenaan bermula jam 5.30 petang sudah selesai dan tetamu sudah bersurai."

"Namun berdasarkan laporan orang awam yang diterima beserta bukti bergambar mengenai majlis kenduri kahwin berkenaan termasuk kehadiran tetamu menyebabkan polis mengeluarkan kompaun sejumlah RM4,000 kepada pemilik rumah berkenaan."

-Ayob Khan-

Dedah jumlah kompaun sepanjang Aidilfitri

Di kesempatan itu, beliau turut mendedahkan bahawa sebanyak 20 kompaun membabitkan nilai RM42,000 dikeluarkan Polis Johor bagi kesalahan melanggar SOP Aidilfitri  termasuk majlis perkahwinan berkenaan sejak Khamis sehingga semalam.

"Mengikut pecahan, sebanyak 14 kompaun dikeluarkan di daerah Batu Pahat bagi kesalahan aktiviti ziarah raya, empat kompaun di Kluang dan satu di daerah Johor Bharu Utara."

"Nilai semua kompaun itu adalah sebanyak RM42,000, namun sama ada ia dikurangkan atau tidak bergantung kepada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)"

-Ayob Khan-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen