Lukis bendera Palestin di wajah, MUA Bellaz tak sangka tarik perhatian pelukis luar negara

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan konflik melanda Israel dan Palestin sememangnya mendapat perhatian ramai, terutama rakyat Malaysia yang mengecam penuh kekejaman yang dilakukan oleh rejim zionis itu.

Tidak ketinggalan jurumakep profesional (MUA) yang mesra dengan panggilan MUA Bellaz turut menyuarakan sokongan kepada penduduk Palestin dengan melukis bendera palestin di wajahnya dan memuat naik video tersebut di TikTok.

Viral sampai negara luar

Terbaru, jurumakep terkenal itu berkongsi rasa terharu apabila solekan dikenakan pada wajahnya yang mewakili bumi Palestin itu mendapat perhatian seorang pelukis dari Tukri.

Menurut pemilik nama Nur Nabilah binti Zulyadaini itu dia tidak menyangka bahawa video tersebut akan tular sehingga ke luar negara. Malah, dia juga kagum akan hasil lukisan pelukis yang dikenali sebagai Salimgoane itu.

“Masyallah viral sampai negara sana dah. Fuhh dia lukis sebiji jadi...” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sebiji muka MUA Bellaz

Sumbang keuntungan perniagaan

Sebelum ini, MUA Bellaz juga memaklumkan bahawa hasil keuntungan perniagaannya telah disumbangkan kepada Persatuan Cinta Gaza sebagai tanda soladiriti terhadap bumi Palestin itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen