Terima duit raya berkepuk, Elvina Mohamad diusik suami beri 'hint' nak tambah baby

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan hanya kanak-kanak sahaja yang menerima duit raya, isteri juga salah seorang yang bakal menerima duit raya dari suami tercinta.

Seperti pelakon Datin Elvina Mohamad yang teruja apabila menerima duit raya tak disangka secara berganda-ganda dari suami tercinta berbanding tahun pertama perkahwinan mereka.

Dah upgrade!

Kegembiraan tersebut dikongsikan di Instagram pemilik nama Norzalina Mohamad itu dengan mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Datik Mohd Haniff Borhan.

Menerusi posting tersebut, dia memaparkan video ketika raya tahun pertama bersama dan hanya menerima duit raya RM1 berbanding sekarang yang dilihat RM50 disusun tebal serta dua ikat.

Harap tahun depan dapat lebih

Dalam pada itu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu sempat berseloroh dengan mengharapkan agar suaminya memberi lebih banyak duit raya pada tahun hadapan.

Nak tambah baby la tu

Sehubungan itu, rata-rata pengikutnya mengusik pelakon tesebut yang dikatakan ada makna suaminya menambah jumlah duit raya yang diterimanya.

Elvina dan suami telah mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2018. Pasangan ini dikurniakan cahayamata lelaki bernama Karl Mateen yang dilahirkan pada 30 November 2018.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen