Pintu sempadan masuk dibuka, bantuan perubatan dari Jordan selamat tiba di Palestin

Konflik yang terjadi antara Palestin dan puak Yahudi Israel terus berlanjutan sejak akhir Ramadan hinggalah memasuki hari ketujuh bulan Syawal. Penderitaan demi penderitaan yang dialami oleh mereka sehingga banyak nyawa terkorban dan ramai yang kehilangan tempat tinggal.

Susulan insiden tersebut, hampir seluruh dunia turut terkesan dengan nasib yang menimpa saudara di Gaza dan dalam masa yang sama turut berusaha membantu semaksimum mungkin sebagai tanda prihatin dan sokongan sama ada dalam bentuk fizikal mahupun mental.

Jordan hantar bantuan ke Palestin

Memetik laporan Roya News, Seri Paduka Baginda Raja Abdullah II, Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata Jordan (JAF), Ketua Panglima Gabungan Staf Yousef al-Huneiti telah mengarahkan Direktorat Perkhidmatan Perubatan Diraja (RMS) dan direktorat terkait untuk menyediakan bantuan perubatan untuk dihantar ke Gaza.

Hal ini dilihat serius apabila puluhan kematian dan ratusan orang mengalami kecederaan kesan daripada perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin Israel dan tentera-tenteranya ke atas penduduk Palestin.

Justeru itu, dengan kerjasama Jordan Hashemite Charity Organisation (JHCO) menyokong penuh usaha hospital bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang merangkumi sejumlah doktor, jururawat, kakitangan perubatan dan teknikal yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan termasuk pembedahan, selain ubat-ubatan, bekalan perubatan dan keperluan asas lain seperti makanan.

Bantuan selamat tiba

Selain itu, seorang pengguna Twitter turut berkongsi perkembangan semasa di Palestin dengan memaklumkan bahawa bantuan perubatan dari Jordan telahpun selamat tiba di pintu masuk Jordan-Palestin.

Tambahnya lagi, ini menjadikan Jordan merupakan negara kedua yang membuka pintu sempadan bagi misi kemanusiaan selepas Mesir.

 

Meskipun jarak memisahkan, namun seluruh dunia turut terkena tempiasnya apabila melihat kekejaman yang dilakukan oleh golongan Yahudi Israel ini. Doa seluruh umat di atas muka bumi ini sentiasa mengiringi saudara kami di Gaza. Moga memperoleh kemenangan dan pembelaan tidak lama lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen