Hanya berani serang golongan lemah, tindakan tentera Zionis cabut tudung & kasari wanita terakam

Oleh: Zuzu Yasmine

Boleh dikatakan saban hari ada sahaja kisah memilukan berlaku di Palestin disebabkan konflik yang berlaku antara negara itu dengan Israel.

Pastinya bukan hanya lelaki sahaja menjadi mangsa rejim Zionis itu, tetapi wanita dan kanak-kanak juga tidak ketinggalan menjadi mangsa kekejaman tentera berkenaan.

Malah, sehingga kini jumlah kematian dalam serangan Israel ke atas bumi Gaza telah meningkat kepada 212 orang.

Kasari wartawan perempuan

Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan seorang wanita yang merupakan jurugambar telah dikasari oleh tentera Zionis di Bab Al Amud.

Malah, jurugambar bernama Latifa Abdul Latif itu juga turut ditarik tudungnya sehingga tercabut namun beliau bernasib baik kerana beberapa orang pemuda Palestin bertindak melindunginya.

Digari & dibawa ke penjara

Dalam video yang lain pula, dapat dilihat tentera Zionis yang lengkap bersenjata telah menyerang dan mengasari seorang wanita Palestin yang turut berada di Bab Al Amud.

Rakaman video tersebut memaparkan lebih lima orang tentera Zionis lelaki yang bertindak menyerang wanita berkenaan meskipun cuba dibantu oleh orang dikawasan tersebut namun dihalang oleh tentera berkenaan.

Wanita tersebut bukan sahaja dikasari malah turut digari oleh tentera Zionis untuk dibawa ke penjara. Semoga saja beliau tidak diapa-apakan di sana.

Ehh geram! Acah acah kuat pulak!

Perkara tersebut telah mendatangkan kemarahan dalam kalangan netizen yang rata-rata mengatakan bahawa tentera berkenaan pengecut selain merasakan tindakan tersebut kejam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen