Kenal masa 13 tahun, tak sangka lelaki dalam gambar kini jadi suami

Definisi cinta monyet itu sering digunakan dalam kalangan pelajar sekolah menengah terutamanya kerana bagi mereka bercinta waktu sekolah ni tak bawa ke mana pun, akan terpisah juga selepas habis sekolah.

Namun, lain pula cerita pengguna Tiktok yang dikenali sebagai aimannabillah ini apabila dia telah berkongsi video di platform tersebut yang menyaksikan moment bilamana dia masih menyimpan sekeping gambar lama miliknya bersama dengan seorang lelaki ketika usia 13 tahun yang kini telah pun menjadi suami.

Hasil perkahwinan mereka, akhirnya dikurnikan dua orang cahaya mata perempuan dan dia tidak menyangka perjalanan kisah cintanya seperti itu.

Begitulah percaturan Allah, dia pasti akan beri pada waktu yang tepat, tak lambat dan juga tak juga cepat. Mungkin di luar sana ada yang risau berkenaan dengan jodoh lebih-lebih lagi apabila melihat kenalan terdekat sudah bahagia dengan pasangan masing-masing.

Buat yang masih berstatus bujang dan sedang mencari teman hidup, moga dipermudahkan urusan dan dipertemukan dengan insan yang tepat.

 

'Bestnya!'

'Kena cari gambar lama ni'

 

'Macam K-Drama'

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen