Jumlah kes harian tertinggi, Malaysia catat 6,075 kes

Hari demi hari kes harian Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan angka yang membimbangkan dan ia terus kekal pada 4 angka sejak beberapa bulan lalu namun semua rakyat dan petugas barisan hadapan masih kekal teguh berusaha mengekang penularan tersebut.

Bagi membuktikannya , sejak beberapapa hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan bahawa ruangan unit rawatan rapi (ICU) bagi menempatkan pesakit positif Covid-19 telah pun penuh sehingga ada hospital yang perlu menggunakan wad biasa untuk dijadikan ICU dan ada juga yang membuat ICU di luar kawasan hospital.

Selangor catat kes tertinggi

Terbaharu, memetik laporan terkini kes harian Covid-19, kenaikan mendadak jumlah kes harian pada 19 Mei berada di tahap yang membimbangkan ketika ini iaitu sebanyak 6,075.

Sehubungan itu, Selangor terus menguguli kedudukan apabila sebanyak 2,251 kes baharu direkodkan diikuti Kuala Lumpur dan Johor yang masing-masing mencatatkan sebanyak lebih daripada 600 kes.

Bagaimanapun, pihak Kementerian Kesihatan belum mengulas lanjut akan perkara tersebut namun, orang ramai diminta tetap tenang dan terus mematuhi SOP PKP seperti biasa.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen