Dengan bangga sebut 'surprise', wanita terkedu duit dalam kotak terbang bersama belon

Oleh: Zuzu Yasmine

Membuat kejutan buat yang tersayang pada hari istimewa sememangnya satu perkara menyeronokan. Malah sekarang ini pelbagai jenis perkhidmatan yang membantu memudahkan urusan seperti ini.

Ada yang memilih untuk memberi sejambak bunga, coklat serta belon malah ada juga selitkan wang ringgit di dalam kejutan itu.

Tapi lain pula nasib menimpa seorang wanita dikenali sebagai Nafira ini yang menyediakan perkhdimatan surprise buat tersayang.

Niat nak tunjuk demo

Menerusi video dimuat naik di platfrom TikTok memaparkan saat dia ingin menunjukkan surprise box yang digubah sempena Hari Ibu lalu.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi wanita berkenaan apabila dia membuka simpulan riben pada belon dan mengakibatkan susunan duit yang dilekatkan bersama turut terbang.

Nasib baik tak terbang semua

Menurut wanita berkenaan, duit di dalam kotak tersebut sebanyak RM300 namun dia bernasib baik kerana hanya empat keping duit saja yang terbang.

“Jumlah semua RM 300, tali dgn duit tak kena tape. Nasib 4 helai kat depan ja terkorban. Kalau tak sis pun nangis,” luahnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, kejadian tanpa diduga itu berlaku disebabkan tali serta duit itu tidak melekat pada tape yang telah ditampal bersama.

Tak tahu nak kesian ke nak gelak

Kejadian tersebut menarik perhatian ramai sehingga kini meraih lebih dari 4 juta tontonan yang rata-rata terhibur serta bersimpati akan nasib wanita berkenaan.

Malah, rata-rata warganet turut berdoa agar duit tersebut jatuh pada mereka yang betul-betul memerlukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen