Alami gejala hilang deria rasa & bau, Puteri Sarah Liyana positif Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas mengalami gejala hilang deria rasa dan bau, pelakon cantik manis Puteri Sarah Liyana telah membuat keputusan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 semalam.

Sehubungan itu, pelakon berusia 36 tahun itu memaklumkan bahawa dirinya dijangkiti wabak berkenaan meskipun dalam keadaan sihat.

Positif Covid-19

Menerusi laman Instagram pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu, dia mengatakan telah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan namun tidak sangka akhirnya dijangkiti juga wabak berkenaan.

“Sebaik- baik kita menjaga SOP dan tak campur orang akhirnya kecundang jua. I was a type C before this sebabkan shooting dan dua kali buat swab test Sarah negative.

“Sadly, semalam buat lagi swab test sebab sarah tak ada deria rasa bila makan also tak ada deria bau (baru berlaku semalam)…

“…pergi test found out i’m positive covid 19. Before this kuarantin takde symptoms apa2 pun. Sarah sihat tapi terkena juga,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Minta kontrak rapat buat ujian swab

Sehubungan itu, Sarah juga meminta kontrak rapat yang berhubung dengannya beberapa hari lalu turut melakukan ujian saringan tersebut selain mengharapkan semuanya dipermudahkan.

“Minta maaf to my family, my husband, anak2.. Doakan kami semua ya. Jangan keluar rumah kalau tak ada apa2 nak buat. Jaga diri semua,” pesannya.

Justeru, rata-rata pengkiutnya mendoakan kesembuhan pelakon tersebut selain berharap agar segera disembuhkan dari wabak Covid-19.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen