"Bukan drama, bukan sandiwara..." - Penyampai RTM dedah situasi sebenar kontena simpan mayat pesakit Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau sebelum ini program Majalah 3 memaparkan keadaan sebenar unit rawatan rapi (ICU) pesakit Covid-19 serta perjuangan frontliners yang hampir setahun berjuang pastinya sudah meruntunkan hati ramai orang.

Terutama apabila seorang jururawat berkongsi pengalamannya berada di ICU dan melihat satu demi satu pesakit tersebut meninggal dunia selepas berjuang melawan Covid-19.

Kali ini giliran Berita RTM memaparkan segmen kontena khas simpanan jenazah dan mayat pesakit Covid-19 pula menyentuh hati ramai.

Realiti kontena mayat pesakit Covid-19

Difahamkan, penyampai berita RTM Mohan Chinnasamy berkongsi keadaan sebenar kontena mayat simpanan pesakit Covid-19 yang disediakan oleh Hospital Sungai Buloh.

Menurut Mohan, sebuah kontena itu mampu memuatkan maximum 20 mayat dalam satu masa dan telah diletakkan di hospital berkenaan pada 15 Mei lalu selepas jumlah kematian harian meningkat 40 orang sehari.

Katanya, disebabkan jumlah korban yang meningkat di negara ini mengakibatkan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh menyediakan satu kontena khas untuk menyimpan mayat-mayat pesakit Covid-19 sebelum diuruskan pengebumian atau siasatan.

Penyampai akui menggigil

Dalam pada itu, penyampai berita tersebut juga meluahkan rasa takut dan bimbang kerana dirinya dikelilingi oleh mayat Covid-19 yang bakal diuruskan pengebumian saat rakaman video tersebut.

Bukan drama atau lakonan

Di akhir segmen tersebut, Mohan sempat berpesan kepada semua rakyat Malaysia agar terus sama-sama mematuhi SOP yang ditetapkan memandangkan jumlah kes Covid-19 semakin meningkat saban hari.

“Ini bukan drama, ini bukan sandiwara dan ini bukan plot agenda pihak barat seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak. Ingat Covid itu benar, maut itu benar!

“Sekiranya anda tidak mematuhi SOP yang ditetapkan bukan anda sahaja, saya sendiri akan ada di sini. Ingat dan fikir-fikirkanla,” akhir katanya.

Walaupun rakaman video hanya berdurasi hampir lima minit, namun satu inisiatif yang sangat bagus dalam memberi kesedaran kepada semua.

Semoga pendedahan realiti sebenar Covid-19 ini dapat menyedarkan masyarakat berkenaan akan bahaya pandemik yang semkain menular di Malaysia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen