Selepas berbelas jam 'warded', Ain Edruce kini selamat bersalin

Pelakon dan pengacara Ain Edruce selamat melahirkan bayi sulungnya selepas berbelas jam menanti penuh debaran.

Khabar gembira itu telah dikongsikan oleh Ain sendiri di Story IG miliknya yang memaklumkan bahawa dia telah selamat melahirkan namun meninggalkan tanda tanya kepada peminat akan jantina anaknya.

Sebelum ini, Ain ada berkongsi perkembangan semasanya di Instagram dan juga akaun Tiktok yang memaklumkan bahawa dia telah ditahan di wad, menghitung hari untuk melahirkan sekaligus memohon doa orang ramai agar semuanya dipermudahkan.

Bagaimanapun, dia yang dikenali sebagai seorang yang sangat aktif terlihat tetap tenang walaupun sedang sarat mengandung.

Apapun tahniah diucapkan untuk Ain dan Amirul yang kini sudah bergelar mummy dan daddy, moga baby dikurnikan kesihatan dan menjadi anak baik dunia akhirat.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen