7 tahun kumpul duit kahwin bersama, bakal suami guna nikahi wanita lain

Dalam sesebuah hubungan percintaan, rata-ratanya pasti ingin diakhiri dengan perkahwinan walaupun perlu mengambil masa yang lama untuk mengukuhkan ekonomi masing-masing dan untuk lebih cepat lagi ada pasangan yang buka akaun khas untuk masukkan duit kahwin setiap bulan ataupun minggu.

Cara itu tidak lapuk namun perlu juga ingat dan sentiasa berwaspada supaya pengakhirannya tidak terjadi seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok ini.

Dia telah berkongsi kisah yang terjadi kepada kawannya apabila selepas 7 tahun kumpul duit kahwin bersama namun di penghujungnya pasangannya menggunakan duit tersebut untuk menikahi wanita lain.

Ambil iktibar

Kedengaran agak kejam dan mungkin ada juga tidak percaya, walau apapun kisah tersebut perlu dijadikan tauladan dan iktibar buat semua orang tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya menunjukkan rasa tak puas hati terhadap lelaki tersebut dan meminta agar wanita terbabit membawa kes tersebut kepada pihak berkuasa.

'Sepatutnya ada perjanjian'

 

'Takkan berkekalan'

 

'Memang sakit'

'Buat malu je'

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen