Didakwa langgar SOP, Neelofa dan suami mengaku tidak bersalah di mahkamah

Isu berkenaan langgar prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan oleh Neelofa dan keluarga menjadi bualan dalam kalangan netizen sejak berlangsungnya majlis perkahwinan selebriti tersebut bersama dengan suamiya iaitu Haris Ismail dan ia terus berlanjutan hingga hari ini iaitu apabila dia didapati melakukan aktiviti rentas negeri untuk membeli karpet.

Mengaku tak besalah

Sehubungan dengan perkara tersebut, Neelofa dan suami telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Seremban dan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusof, kedua-duanya mengaku tidak bersalah .

Selain itu, Muhammad Haris didakwa atas dua kesalahan iaitu gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka sewaktu di kedai karpet berkenaan.

Dibenarkan ikat jamin

Sementara Noor Neelofa pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke premis tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan Muhammad Haris diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Neelofa diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen