"Niqab mesra Covid?" - Netizen persoal Neelofa tak pakai 'mask' dalam purdah

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang umum tahu bahawa awal pagi ini, usahawan dan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya telah hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan untuk prosiding dakwaan atas kesalahan merentas negeri.

Berdasarkan gambar yang tersebar di media sosial, pasangan berkenaan dilihat memakai pakaian sedondon selain turut dikerumuni pihak media.

Foto-foto yang tersebar itu difahamakn ketika pasangan ini sedang berjalan menuju ke ruang perbicaraan dan apa yang menarik tumpuan ramai adalah penampilan pemilik nama Noor Neelofa.

Neelofa tak pakai 'mask'?

Meskipun Neelofa tampil dalam imej berpurdah, namun bentuk wajahnya seperti hidung dan mulut usahawan berkenaan jelas kelihatan.

Sehubungan itu, rata-rata netizen mula mempertikaikan mengapa usahawan berusia 32 tahun itu tidak memakai pelitup muka di sebalik kain niqab tersebut.

Malah, ada juga yang menegur bahawa kain purdah selebriti berkenaan terlihat semakin nipis berbanding dengan penampilannya sebelum ini.

Nampak bentuk bibir & hidung

Pakai purdah pun kena pakai 'mask'

Untuk makluman, Neelofa serta suami, Haris Ismail mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan ingkar prosedur operasi standard (SOP) setelah perbicaraan selesai.

Dalam pada itu, pihak mahkamah membenarkan Muhammad Haris diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Noor Neelofa diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh sebut semula kes.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen