Muat naik foto lelaki tampan, netizen dakwa Zarina Anjoulie dah jumpa pengganti?

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak sampai sebulan bercerai kali kedua dengan bekas suami, Zarina Anjoulie seolah-olah telah move on dari luka yang dihadapi dari perkahwinan tersebut.

Anju dah jumpa pengganti?

Terbaru, Zarina Anjoulie atau lebih mesra Anju telah memuat naik gambar seorang jejaka tampan berserta emoji berbentuk hati.

Posting tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata berteka teki siapa gerangan lelaki berkenaan.

Malah ada juga yang mengatakan bahawa lelaki tampan itu merupakan pengganti baru pelakon berkenaan.

Komen berbaur romantis

Lebih hangat lagi apabila lelaki berkenaan juga meninggalkan komen romantis buat Anju.

Tidak itu sahaja, di ruangan IG Strory juga Anju telah berkongsi semula posting gambar dirinya bersama lelaki berkenaan.

"Hensem jodoh Anju"

Sehubungan itu, rata-rata netizen agak terkejut melihat wanita berkenaan menemui pengganti dalam tempoh singkat dengan mudah, malah ada juga yang mendoakan kebahagiaannnya.

Walau bagaimanapun, terdapat juga netizen yang memaklumkan bahawa lelaki berkenaan merupakan kawan baik Anju.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen