Kes keluarga selebriti langgar SOP, Polis jawab dakwaan ziarah raya di KL dibenarkan

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular akan satu kenyataan oleh Ketua Balai Polis Brickfields berkenaan ziarah raya di Kuala Lumpur yang dikatakan dibenarkan pada 1 Syawal.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut dipercayai bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ziarah raya tidak dibenarkan

Terbaru, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim memaklumkan bahawa ziarah raya memang tidak dibenarkan di seluruh semenanjung untuk semua individu.

Dalam kenyataan tersebut, Azmi turut mengatakan bahawa pihaknya kini mengesahkan kertas siasatan berkenaan kes selebriti ziarah raya 1 Syawal sudah lengkap.

Katanya lagi, kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

Sehubungan itu, pihaknya turut menegaskan bahawa sebarang aktiviti ziarah raya adalah tidak dibenarkan. Malah, pergerakan merentas sempadan negeri dan daerah juga tidak dibenarkan melainkan dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penguatkuasa pun boleh bingung dengan SOP?

Sementara itu, netizen mula mempersoalkan akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Balai Polis Brickfield yang tidak sah selain terkilan akan kenyataan tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen