Selepas 11 hari serangan berturut-turut, kabinet Israel luluskan gencatan senjata

Berikutan serangan berterusan yang dilakukan oleh regim Zionis ke atas Palestin, kini kabinet Israel meluluskan gencatan senjata untuk mengakhiri 11 hari pengeboman berterusan ke atas semenanjung Gaza.

Sehubungan itu, Hamas dan Jihad Islami mengesahkan ia bersetuju ke atas gencatan senjata dengan regim zionis Israel yang berkuatkuasa pada jam 2.00am hari ini manakala pada ketika itu waktu Malaysia adalah pada jam 7.00am.

Serangan diteruskan sebelum gencatan senjata

Bagaimanapun, sebelum waktu gencatan senjata bermula, pesawat pejuang regim zionis Israel terus menyerang Gaza dengan puluhan bedilan rokey menyasarkan Belt Hanoun, Beit Lahia, bangunan Kementerian Dalam Negeri di bandar Gaza, Rafah, Jahar Deik, Khan Youni dan penempatan penduduk Palestin kawasan pantai Gaza.

Dalam pada masa sama, pejuang Palestin membalas serangan regim zionis Israel dengan menembak puluhan roket ke atas penempatan pendatang haram Yahudi di Nahal Ouz, Kafar Saaad, Shokdah, Kafar Azza, Hulit, Sufa, Yitid, Ashalum, Sadia Abraham, Karam Abu Salem, Askelan, Ashdod, Dirut, Nair Aaam, Mflasim, Takuma, Kafar Memon dan beberapa kawasan sekitarnya.

Pemimpin Israel teruk dikecam

Susulan keputusan pemimpin Israel iaitu Benjamin Netanyahu melakukan gencatan senjata tersebut, kini dia menerima kecaman teruk daripada wartawan Israel dan pendatang haram Yahudi terutamanya yang tinggal di Semenanjung Gaza akibat kegagalannya meneruskan operasi ke atas Semenanjung Gaza dengan menggambarakan ia adalah gencatan senjata yang sangat memalukan dengan menyerah kalah kepada pengganas.

Gencatan senjata diumumkan oleh zionis

Bagaimanapun, dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Mush'ab Othman memaklumkan bahawa tepat jam 7 pagi(waktu Malaysia) tadi , Gaza secara rasminya gencatan senjata buat Israel dan Palestin. 

Gencata senjata tersebut diumumkan sendiri oleh pihak zionis menunjukkan mereka meyerah kalah atas perang Al-Quds ketika ini.

Kini, rakyat Palestin sedang memenuhi Masjidil Aqsa untuk meraikan kejayaan pihak pejuang Palestin. Akhirnya tiba masanya mereka diberi peluang untuk menyambut hari raya. Hari raya yang tergendala buat mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen