Laungan takbir bergema di bumi Palestin, rakyat bersorak gembira

Hari ini, kita telah dikhabarkan dengan satu berita gembira apabila  regim zionis telah mengumumkan genjatan senjatan atas arahan Mesir tanpa sebarang syarat ke atas Gaza.

Keputusan itu bukan sahaja melegakan penduduk di Palestin bahkan hampir seluruh dunia yang menanti saat itu turut merasakan hal yang sama dan kini penduduk di Gaza sedang meraikan kegembiraan tersebut dengan menyambut Hari Raya yang sepatutnya diraikan pada 13 Mei lalu.

Laungan takbir memenuhi bandar Palestin

Media sosial kini masih dipenuhi dengan perkembangan semasa di sana, rata-ratanya meluahkan rasa syukur melihat kebebasan mereka. Jalan juga kini dipenuhi dengan penduduk yang berarak keluar menuju ke masjid Al-Aqsa sambil melaungkan takbir raya.

Selain itu, barisan pemimpin Hamas juga turut tak ketinggalan meraikan hari paling bermakna itu bersama rakyat di Palestin.

Lakukan sujud syukur di masjid Al-Aqsa

Menerusi hantaran di Twitter oleh @JatIkhwan turut menyaksikan penduduk melakukan sujud syukur ketika memasuki Masjid Al-Aqsa.

'Allahu akbar, tumpang gembira'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen