Ambulans tak boleh masuk, 'frontliners' terpaksa usung jenazah pesakit Covid-19 guna kudrat sendiri

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu bahawa keadaan pandemik di Malaysia ketika ini sangat membimbangkan. Mana tidaknya, setiap hari ada sahaja kes baru malah sudah beberapa hari kes mencecah hampir 7 ribu.

Tidak hanya itu, jumlah kematian juga meningkat menambah lagi rasa ketakutan semua rakyat sehingga ada yang mengharapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Lebih membimbangkan lagi apabila petugas-petugas kesihatan sudah mula meluahkan rasa letih kerana tidak mendapat rehat yang mencukupi selain tidak mendapat cuti untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Usung jenazah guna kudrat sendiri

Baru-baru ini tular akan satu video yang memaparkan beberapa frontliners terpaksa mengusung jenazah pesakit Covid-19 menggunakan kudrat mereka sendiri.

Difahamkan, keadaan tersebut berlaku disebabkan ambulans tidak boleh masuk kewasan berkenaan kerana dipenuhi pokok-pokok selain tiada jalan untuk kenderaan empat roda.

Rakaman video tersebut memaparkan beberapa orang frontliners berkerjasama dan saling berganti ketika mengusung jenazah tersebut ke tanah perkuburan.

Terima kasih frontliners

Posting tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata begitu menghargai serta kagum akan pengorbanan petugas kesihatan yang bertugkus lumus menguruskan pesakit hingga ke jenazah pesakit Covid-19.

Malah, rata-rata turut mendoakan agar pertugas kesihatan sentiasa kuat dan diberi kesihatan yang baik bagi terus merawat persakit Covid-19.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen