"Neelofa & suami hanya didakwa langgar SOP PKPB bukan isu rentas negeri." - Peguam

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan isu langgar prosedur operasi standard (SOP) serta rentas negeri selebriti dan usahawan Neelofa bersama suami Haris Ismail, Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap pasangan berkenaan.

Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kajian dan keterangan yang diperoleh berhubung kes berkenaan.

"Isu rentas negeri membabitkan Neelofa dan suaminya tidak dibawa ke mahkamah selepas mengambil kira kajian dilakukan Pejabat Peguam Negara. Kajian dan keputusan itu telah dibuat terlebih dulu berdasarkan keterangan yang ada," katanya.

Menurut peguam pasangan ini, Haresh Mahadevan ketika ditemui media di perkarangan Kompleks Mahkamah Seremban selepas prosiding itu semalam, menjelaskan bahawa kedua-dua anak guamnya itu hadir atas tuduhan melanggar SOP PKPB dan tidak membabitkan isu rentas negeri atau sebagainya.

Semalam, pasangan terbabit dituduh di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Neelofa dan PU Riz dituduh gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera di kedai karpet yang dikunjungi mereka di Nilai 3, pada 2 Mei lalu. Malah Pu Riz turut berdepan satu lagi tuduhan itu tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Bagaimanapun, pasangan itu mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000. Mahkamah kemudian menetapkan 4 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen