"MUA simpan dendam..." -Pengantin kecewa wajah disolek bekas kekasih suami nampak lebih tua

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjelang hari bahagia, tentunya setiap wanita ingin tampil lebih menawan dan cantik di hari perkahwinan mereka.

Disebabkan itu, mereka sanggup mengupah jurumakep atau MUA mahal serta baju pengantin yang paling cantik sesuai buat diri mereka.

Namun, biasanya pemilihan MUA ini berdasarkan cadangan orang terdekat ataupun maklum balas yang baik yang dilihat di media sosial jurumakeup tersebut, barulah pengantin yakin untuk mengupah mereka.

Dimakep bekas kekasih suami

Bagaimanapun, berlainan pula dengan nasib pengantin wanita ini apabila berkongsi saat bahagianya dengan hasil solekan yang mengecewakan.

Menerusi video dimuat naik oleh seorang pengguna dari Indonesia itu, dia meluahkan rasa terkilan apabila ditatarias oleh MUA yang juga merupakan bekas kekasih suaminya.

MUA simpan dendam ke?

Walau bagaimanapum, tidak dapat dipastikan sama ada MUA berkenaan sememangnya mempunyai ‘dendam lama’ dengan bekas kekasihnya ataupun tidak miliki kemahiran yang cukup dalam melakukan solekan.

Malah, wajah pengantin tersebut juga dilihat lebih berusia dan tidak kemas jika hendak dibandingkan dengan wajah asal yang cantik tanpa solekan.

Cantik lagi tak ada mekap

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati dengan wanita berkenaan selain turut mengkritik hasil solekan yang dilakukan terhadap pengantin tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen