Perjuangan buat saudara Palestin, Mimi Lana sanggup tolak tawaran fotografi jenama mewah

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai tanda menyokong dan mempertahankan Palestin, selebriti sedang meningkat naik, MiMi Lana sanggup menolak sesi fotografi yang ditawarkan satu jenama mewah antarabangsa.

Tindakan pelakon berusia 26 tahun itu juga merupakan sokongan terhadap model terkenal antarabangsa Bella Hadidi selepas pembatalan kontrak dengan jenama tersebut selepas menyuarakan sokongan terhadap negara Palestin.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin mengatakan bahawa tindakan  yang dibuat itu merupakan suatu usaha yang sangat bersar buatnya.

“Perkara yang kecil namun sangat besar maknanya. Saya berjuang untuk saudara Palestin saya dan untuk Bella.”

“Saya dapat tahu jenama itu menarik keluar nama Bella Hadid sebab menyokong Palestin. Ia sangat sensitif buat warga Islam di negara ini jika saya buat sebarang hantaran mengenai berkenaan,” katanya.

Meskipun pembatalan model terkenal antarabangsa tersebut masih belum sahih namun, usaha pelakon berbakat besar ini sangat dihargai oleh pengikutnya menerusi sokongan yang diberikan di laman Twitter.

Untuk makluman, Bella baru-baru ini menjadi antara bintang ternama turun padang bagi melakukan protes dan mempertahankan Palestin daripada terus dizalimi rejim Zionis.

Disebabkan kelantangan tersebut beliau dikatakan tidak lagi dinamakan sebagai wajah jenama barangan mewah Perancis itu.

Bagaimanapun, netizen mempersoalkan kenapa Bella didiskriminasi walaupun selebriti lain seperti Gal Gadot yang mempertahankan negara asalnya, Israel berhubung isu yang sama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen