"80% penjawat awam & 40% pekerja swasta akan bekerja dari rumah." - Ismail Sabri

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan sidang media yang dinanti-nantikan oleh semua lapisan masyarakat, pihak kerajaan memutuskan untuk kakitangan awam serta swasta untuk bekerja dari rumah.

Sehubungan itu, pihak kerajaan mempunyai dua strategi untuk mengurangkan pergerakan rakyat iaitu dengan menghadkan pekerja bekerja di pejabat serta masa operasi sektor ekonomi.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan sebanyak 80 peratus daripada kakitangan awam akan bekerja dari rumah bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Manakala 40 peratus sektor swasta akan turut bekerja dari rumah yang melibatkan lebih enam juta pekerja.

Dalam pada itu, penumpang pengangkutan awam juga akan dikurangkan 50 peratus meulai 25 Mei nanti.

Beliau berkata, operasi perniagaan di seluruh negara juga dihadkan dari 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.

 

Difahamkan tindakan tersebut diambil bagi mengawal pergerakan dalam kalangan orang ramai.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen