Bakal muncul di program temu bual khas, Perdana Menteri akan kupas isu COVID-19 malam esok

Oleh: Zuzu Yasmine

Faham akan kebimbangan masyarakat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tampil dalam satu temu bual eksklusif menerusi RTM dan Bernama TV pada malam esok. 

Difahamkan, program temu bual tersebut akan mengupas isu-isu berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan usaha-usaha kerajaan menangani pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, Program Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 Eksklusif itu turut akan menyentuh persoalan konsistensi prosedur operasi standard (SOP) dan mekanisme penetapannya, kelangsungan ekonomi negara pada era pandemik serta momentum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Program tersebut dikatakan diterbit secara kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), temu bual eksklusif yang dihoskan oleh Wan Syahrina Wan Ab Rahman daripada Bernama TV bersama Terrence Dass (RTM) itu akan menemui penonton pada 9 malam esok (23 Mei).

Bernama TV juga akan menyiarkan siaran ulangan temu bual eksklusif itu pada 2 pagi, 8 pagi dan 4 petang Isnin (24 Mei), 12 tengah malam Selasa (25 Mei) serta 9.30 pagi dan 5 petang Rabu (26 Mei).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen