Disaman tidak pakai 'mask', individu mengaku lupa dan minta budi bicara

Sejak wabak Covid-19 menyerang, penggunaan pelitup muka adalah antara yang diwajibkan kepada semua orang setiap kali keluar dari rumah kerana ia dilihat dapat mengurangkan kadar kebolehjangkitan apabila berada di tempat umum dan sesak terutamanya.

Selain itu, saman juga boleh dikeluarkan kepada sesiapa sahaja yang gagal mematuhi arahan tersebut dan itu bermakna ia bukanlah lagi perkara yang boleh dipandang ringan.

Akui lupa pakai mask

Bagaimanapun, masih ada segelintir masyarakat yang mengingkari arahan tersebut seperti yang terjadi kepada seorang individu ini apabila videonya disaman akibat tidak memakai pelitup muka tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, individu terbabit mengaku bahawa dia terlupa ingin memakai pelitup muka kerana terburu-buru dan meminta agar anggota polis mengenakan budi bicara terhadap kesilapannya.

Perkongsian video tersebut jadi perhatian ramai, rata-ratanya menganggap alasan yang diberikan oleh individu terbabit tidak boleh diterima kerana penggunaan pelitup muka antara perkara yang wajib sejak setahun lalu dan mustahil jika terlupa.

'Alasan tak boleh terima'

 

'Dia ingat orang nak backup'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen