"Kami beri kerjasama sepenuhnya..." -Neelofa selesai beri keterangan isu tidak pakai 'mask'

Hari ini, usahawan dan selebriti Noor Neelofa sekali lagi dipanggil ke balai polis bagi menjawab dakwaan tidak mengenakan niqab tanpa pelitup muka  ketika menghadiri ke mahkamah majistret Seremban minggu lalu.

Dikawal dua peguam dan pengawal peribadi

Memetik laporan Kosmo, Neelofa turut diiringi dua orang pengawal peribadi bersama dua orang peguam ketika hadir memberi keterangan di IPD Seremban pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban iaitu Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim memaklumkan bahawa keterangan Noor Neelofa diambil bermula jam 10.20 pagi dan selesai lpada 11.30 pagi.

"Sepanjang proses siasatan dijalankan, penama Noor Neelofa memberikan kerjasama yang baik dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan."

-Mohd Said-

Beri kerjasam sepanjang siasatan

Selain itu, beliau juga mengesahkan bahawa selebriti berkenaan memakai pelitup muka mengikut SOP yang ditetapkan oleh KKM ketika hadir memberi keterangan di IPD Seremban.

Di samping itu, Neelofa sempat ditemui sejurus selesai memberi kerjasama dan memaklumkan bahawa beliau telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan namun, enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen