Satu kereta naik 4 orang, netizen dakwa Neelofa langgar SOP lagi sekali?

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru sahaja selesai berikan keterangan berhubung dakwaan langgap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan tidak memakai pelitup muka di IPD Seremban, nama selebriti paling kontroversi, Noor Neelofa Mohd Nor kembali menjadi sebutan netizen.

Di perkarangan IPD, Neelofa turut ditemani oleh suami tercinta Haris Ismail ketika keluar dari balai polis tersebut dan dikerumuni oleh pihak media.

Satu kereta naik 4 orang?

Bagaimanapun, video Neelofa dihadapan IPD Seremban ketika ditemu bual wartawan menjadi perhatian netizen selepas mendakwa melihat selebriti berkenaan menaiki sebuah kereta yang turut dinaiki peguam dan suaminya.

Rakaman video diperoleh daripada Bernama itu telah tular dan menjadi perdebatan netizen di media sosial.

Lagi sekali langgar SOP?

Justeru itu, rata-rata netizen mempertikaikan mengapa kereta selebriti berkenaan dinaiki oleh empat orang sedangkan SOP ketika ini hanya membenarkan tiga orang penumpang dalam satu kereta.

Selain itu, netizen juga turut berharap agar pihak polis boleh membuka kertas siasatan berhubung berkenaan.

Tak naik kereta sama

Walau bagaimanapun, Neelofa menjelaskan bahawa dia dan peguamnya tidak menaiki kenderaan yang sama untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Malah dia turut menjelaskan bahawa keretanya hanya menumpangkan peguam berkenaan yang meletakkan kereta di mahkamah bersebelahan balai polis tersebut.

Untuk makluman, hari ini Neelofa tampil memberi keterangan pada 10.20 pagi dan selesai lebih kurang pukul 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen