“Menteri sudah dikeji, VVIP sudah dicaci..”- Luah pandangan, Uyaina dikritik salahkan rakyat?

Oleh: Zuzu Yasmine

Wabak Covid-19 semakin membimbangkan pada ketika ini, bukan sahaja kes harian yang meningkat naik setiap hari tapi kes kematian juga semakin tinggi.

Pastinya ramai sudah letih akan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Dari PKP 1.0 sehinggalah PKP 3.0 yang sememangnya menjejaskan kehidupan semua lapisan masyarakat.

Itu belum ditambah lagi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang makin memeningkan kepala dan kekeliruan pada orang ramai.

PKP lagi dan lagi

Tampil meluahkan rasa hati, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memuat naik satu video di akaun TikTok berserta nukilan perbadinya mengenai keadaan semasa negara ini.

Difahamkan nukilan tersebut telah dikongsikan di Wanita Hari Ini namun Uyaina berkongsi kembali di akaun TikTok miliknya.

Tolonglah jaga SOP, kes makin meninggi ni

Menerusi posting berkenaan, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad itu memberi sedikit teguran terhadap orang ramai agar sama-sama membantu mengawal penularan wabak Covid-19 ini.

Menurut pelakon cantik itu, disebabkan kes yang semakin tinggi ini semua pihak termasuk rakyat marhaen serta golongan kayangan perlu mematuhi setiap SOP demi kebaikan bersama.

“Rakyat marhaen mahupun golongan kayangan, bukan nak terus menyalahkan sekadar memberi peringatan juga kepada diri saya sendiri. Tolonglah jaga SOP, kes semakin meninggi ni,” luahnya kesal.

Malah, Uyaina juga bimbang jika perlu berdepan dengan PKP berulang kali disebabkan kedegilan mereka yang tidak mahu mematuhi SOP.

“Takkan lah nak sambung PKP lagi, dan lagi???” soalnya pada semua.

Padu, auto setuju

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat pelakon tersebut selain ada juga yang meluahkan rasa geram apabila orang sekelilingnya turut tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Bagaimanapun, ada juga tidak bersetuju akan perkara pandangan perbadi tersebut yang dikatakan seolah-olah ingin menunding jari kepada rakyat biasa.

Perli netizen ke?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen