Ambulans Covid-19 terlanggar kereta, netizen panas hati lihat pemandu maki 'frontliners'

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika wabak Covid-19 sedang mengganas ini, petugas kesihatan adalah golongan yang sangat penat dan tersepit antara tugas serta kesihatan mereka sendiri. Malah mereka juga antara orang yang berjuang merawat pesakit-pesakit tersebut.

Ramai di antara petugas kesihatan sudah mengeluh keletihan kerana sudah setahun bertarung nyawa merawat pesakit positif wabak berkenaan.

Namun, sikap segelintir rakyat yang masih tidak peka akan pengorbanan petugas kesihatan ini sememangnya menimbulkan rasa bengang ramai seperti video yang tular baru-baru ini.

Ambulans terlanggar kereta

Menerusi video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok memaparkan keadaan di mana sebuah ambulans membawa pesakit Covid-19 terlanggar sebuah kereta Perodua Viva dipercayai di persimpangan lampu isyarat.

Pemandu kereta maki petugas kesihatan

Bagaimanapun, sikap pemandu kereta tersebut yang semudahnya mengeluarkan kata-kata kasar terhadap petugas kesihatan tersebut sangat tidak menyenangkan hati netizen.

“Bodoh, tak ada akai bawak ambulans. Main belah macam tu je...” luah pemandu berkenaan.

Difahamkan, pemandu serta isteri dan anak-anaknya dalam keadaan baik walaupun kendengaran suara tangisan anaknya yang mungkin disebabkan terkejut.

Ketika cuba ditenangkan oleh si perakam dengan mengatakan bahawa ambulans berkenaan membawa pesakit, pemandu terus menerus dengan rasa amarahnya.

“Patient tak patient. Nyawa orang...” ujar pemandu berkenaan.

Ada pula batu api

Lebih kecewa lagi seorang penunggang motosikal tiba-tiba datang menjadi batu api dengan sengaja agar pemandu kereta berkenaan terus marah terhadap petugas kesihatan tersebut.

“Bincang apa bukan boleh claim, KKM bukan ada insuran...” kata pemandu motosikal tersebut.

Hormat frontliners

Bersimpati akan nasib petugas kesihatan tersebut, perakam meminta agar orang ramai lebih menghormati petugas kesihatan berkenaan yang sudah keletihan berkerja tanpa rehat dari awal penularan wabak Covid-19 ini.

Dah salah siap maki lagi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati akan petugas kesihatan berkenaan selain bengang sikap pemandu kereta tersebut yang mementingkan diri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen