'Upload' gambar Fatima berserta 'cool fever' di dahi, netizen risau lihat anak Fazura tak sihat

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila anak jatuh sakit, tentunya sangat membimbangkan buat ibu bapa termasuk juga pelakon jelita Fazura dan suaminya aktor Fattah Amin.

Nak tambah gigi baru

Menerusi perkongsian di laman Instagram pasangan tersebut @fattzuralovelife, telah memuat naik foto cahaya mata sulung mereka Nur Fatima Aisya yang sedang tidur berserta ‘cool fever’ di atas dahinya.

Menerusi posting berkenaan, Fatima dikatakan tidak beberapa sihat berkemungkinan disebabkan penambahan gigi dan usianya.

“Syafakillah Fatima sayang.. nak beralih bulan dan tambah gigi lagi mungkin. Sayang manja mommy daddy,” tulis di ruangan kapsyen.

Moga cepat sembuh Fatima sayang

Posting berkenaan dipenuhi pelbagai komen warganet yang rata-rata turut meluahkan rasa bimbang melihat anak pasangan selebriti itu dalam keadaan tidak sihat, selain turut mendoakan agar Fatima segera pulih dan kembali aktif seperti selalu.

Untuk makluman, pasangan selebriti ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan dikurniakan cahaya mata sulung pada Oktober lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen