Sebak kena lepaskan anak ikut suami, tindakan ayah jenguk hingga di jalan sentuh hati ramai

Ayah memang tak lari dari sifatnya yang bersahaja dan dingin, nampak seperti tidak endah dengan perkara-perkara remeh namun siapa sangka dialah insan yang paling sedih apabila terpaksa melepaskan anak perempuannya setelah mereka berkahwin.

Hal itu mungkin jarang berlaku oleh kebanyakan ayah di luar sana, namun menerusi perkongsian video di Tiktok ini jelas menyaksikan bahawa ayahnya tidak dapat lagi menahan sebak di saat salah seorang anak perempuannya perlu meninggalkan rumah setelah sah bergelar isteri.

 

Menerusi video tersebut, anak perempuannya sempat memeluk erat si ayah sebelum berpindah kerana perlu mengikut suami.

Iringi anak hingga ke jalan

Selain pemilik video, rata-rata netizen juga tersentuh hati apabila melihat tindakan si ayah yang sanggup keluar di jalan sehingga anaknya betul-betul hilang dari pandangan.

'Sedih tengok ayah dia dekat jalan'

'Rindu arwah ayah'

 

Melihat video tersebut, sedikit sebanyak dapat membuka mata serta hati kebanyakan pasangan suami isteri di luar sana agar sentiasa menjaga hubungan moga berkekalan kerana itu antara amanah yang ditinggalkan oleh seorang bapa seandainya dia tidak ada lagi di atas muka bumi ini.

Ayah atau mak mana yang ingin melihat anak mereka disakiti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen