“Jange takut vaksin...” -Nasihat ‘sek Kelate’ ambil vaksin, Sabri Yunus dipuji ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah untuk menerangkan isu vaksin ini, terutama buat warga emas di kampung yang mudah percaya keburukan berbanding kelebihan vaksin ini.

Meskipun telah dinyatakan pelbagai bukti akan kebaikan vaksin, namun akan ada sahaja yang akan menghasut mereka untuk tidak percaya akan perkara tersebut.

Educate guna loghat Kelantan

Namun lain pula cara pelakon hebat Sabri Yunus, yang menggunakan pengaruhnya dengan cara baik terutama dalam memberi pengetahun akan vaksin kepada mereka yang lebih tua ini.

Baru-baru ini, tular video pelakon berusia 59 tahun itu memberi penerangan kepada orang ramai terutama rakyat Kelantan yang agak degil untuk menerima vaksin.

Terkenal dengan jolokan nama Pok Ya Cong Codei, beliau menggunakan loghat Kelantan ketika penyampaian dengan jelas berserta contoh memudahkan lagi pemahaman orang ramai berkenaan isu vaksin seperti digembar gemburkan kebelakangan ini.

Nak share dekat keluarga tolak vaksin

Video berdurasi hampir 3 minit di laman Facebook itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata bersetuju malah kagum melihat public figure itu menggunakan platform media sosial dengan baik.

Perkara tersebut juga telah tular di laman Twitter membuatkan netizen ingin berkongsi kepada ibu bapa mereka yang masih menolak akan kepentingan vaksin.

Untuk makluman, Pok Ya Cong Codei juga telah menerima suntikan vakisn AstraZeneca di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad lalu dan turut berasa kurang selesa pada tubuh sebelum kembali sembuh seperti sedia kala.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen