Tenang saat dimarahi rakyat, netizen puji tindakan Khairy Jamaluddin

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan tidak sempat menempah slot vaksin AstraZeneca yang penuh tidak sampai sejam, ramai yang meluahkan rasa kecewa serta tidak puas hati akan perkara itu.

Wanita maki menteri?

Terbaru, tular akan satu video di mana seorang wanita bertindak memarahi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang merupakan penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menerusi rakaman video dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @AdrianNCF memaparkan sedikit ketegangan yang belaku pada ketika itu.

Luah segala rasa tak puas hati

Wanita berkenaan terlihat kecewa dan meluahkan segala perkara yang tidak berpuas hati kepada menteri berkenaan.

Namun begitu, isu sebenar tidak dapat dipastikan meskipun ada yang mengatakan bahawa kejadian tersebut berdasarkan slot vaksin serta temu janji ayah wanita berkenaan berikutan ada masalah dengan kad pengenalan.

KJ terlihat tenang

Walau bagaimanapun, tindakan Khairy Jamaluddin yang tenang berdepan dengan situasi berkenaan mendapat pujian ramai.

Sabar, ramai yang tunggu

Justeru itu, pelbagai rekasi diberikan oleh netizen berdasarkan video tersebut yang dikatakan wanita berkenaan menjadi wakil buat semua rakyat.

Malah ada juga berharap agar wanita berkenaan lebih bersabar memandangkan semua orang juga sedang menunggu giliran mendapatkan vaksin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen