"Saya terima aturan temubual..." - Intan Salleh akui belum sedia maafkan Izreen

Oleh: Zuzu Yasmine

Heboh diperkatakan sebelum ini apabila pelakon Izreen Azminda telah berbaik dengan bekas madunya iaitu Intan Saleh saat dipertemukan dalam program Melodi Raya 2021.

Bagaimanapun, Intan Saleh akhirnya tampil membuka mulut akan isu bahawa dirinya telah memaafkan pelakon berkenaan.

Menerusi laporan BH Online, Intan mengatakan bahawa dia menerima jemputan pihak produksi atas dasar profesionalisme selain turut dimaklumkan mengenai segmen ‘Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih’.

Menurut wanita berusia 36 tahun itu, dia tidak diberitahu terdapat temubual bersama Izreen dan hanya sedia maklum bahawa pelakon itu akan ditempatkan di sudut meja sama yang bukan bersebelahan.

“Sebagai orang biasa yang bukan dalam dunia hiburan, saya anggap kehadirannya untuk memeriahkan acara dan memenuhi jemputan.

“Malah, sebelum menyatakan persetujuan, saya ada bertanya apakah akan ada sesi bermaafan dengannya. Ini kerana seandainya ada sesi bermaafan, saya masih belum bersedia,” katanya.

Katanya, situasi berubah ketika menjayakan rakaman dalam segmen itu apabila diminta untuk ditemubual bersama Izreen kerana membabitkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Jadi, saya diminta untuk ditemubual bersama Izreen dalam segmen berkenan. Tidak mahu mengganggu proses rakaman..

“…saya terima aturan temubual dalam keadaan tidak bersedia. Apa yang dipaparkan dalam program adalah temubual secara spontan bagi menjawab soalan diajukan,” ujarnya.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga mengatakan bahawa pemohonan maaf dari Izreen di luar jangkaannya selain turut mengakui bahawa bukan mudah melupakan perkara yang menyakitkan hati itu namun, reda akan ketentuan ditetapkan Allah SWT.

"Barangkali, ia inisiatif Izreen yang cuba memanfaatkan pertemuan yang berlaku. Saya percaya sesiapa berada dalam situasi saya akan faham bukan mudah melupakan sesuatu yang cukup menyakitkan hati.

"Dalam soal ini, saya sudah reda dengan ketentuan dan suratan takdir. Cuma, soal selebihnya, biarlah saya simpan sendiri. Buat masa ini, biarlah keadaan berjalan seperti biasa dan kami meneruskan kehidupan masing-masing. Itu lebih baik untuk saya dan Izreen.

"Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada program Melodi Raya kerana terfikir mahu mengundang saya. Saya tahu niat Melodi Raya baik mahu menjernihkan keadaan. Cuma, situasi yang saya lalui bukan semudah melafazkannya. Bukan berdendam atau jauh sekali tidak 'move on'.

"Soal peribadi juga tidak perlu disensasikan lagi kerana ia membabitkan hati dan perasaan. Saya bukan selebriti untuk dijadikan topik bualan. Cukuplah apa yang pernah dihadapi dahulu. Biarlah masa memulihkan segala-galanya. Tidak perlu mengaitkan atau mencalarkan nama sesiapa dengan merujuk isu ini pada masa mendatang," ujarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen