"12 kluster Covid-19 berkaitan sambutan hari raya dikesan." - Dr Noor Hisham

Oleh: Zuzu Yasmine

Malaysia sekali lagi mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 7,478 kes direkodkan yang sememangnya sangat membimbangkan ketika ini.

Menerusi laporan Harian Metro, sebanyak 12 kluster jangkitan Covid-19 berkaitan sambutan Aidilfitri dikesan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster komuniti berkenaan dilaporkan di tujuh negeri iaitu Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Labuan.

Beliau berkata, seramai 470 individu dalam kluster terbabit disahkan positif Covid-19 daripada 2,541 saringan yang dilakukan.

"Hari ini adalah hari ke-14 Syawal iaitu dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri disambut oleh umat Islam seluruh negara.

"Sehingga 13 Syawal atau semalam, 12 kluster komuniti (sub-kluster hari raya) dikesan di tujuh negeri," katanya.

Dr Noor Hisham turut memuat naik carta memaparkan jumlah kes dan kluster terbabit yang mana salah satu satu kes disahkan meninggal dunia membabitkan Kluster Jalan Tahir Manan di Selangor.

"Manakala dua orang yang dijangkiti, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) membabitkan Kluster Simpang Sahari di Labuan," jelasnya.

Beliau turut menjangkakan bahawa jumlah kes bagi kluster berkenaan akan meningkat dan membabitkan lebih banyak negeri.

Antara kluster sambutan Aidilfitri adalah Jalan Tahir Manan (Selangor), Kluster Kampung Pangkal Payung (Kelantan), Kluster Kepulauan Tumpat (Kelantan), Kluster Padang Lalang Dua (Pulau Pinang) dan Kluster Jalan Dara (Pahang), Kluster Simpang Sahari (Labuan), Kluster Patau-Patau (Labuan), Kluster Melikai (Sabah), Kluster Deluxe (Sabah), Kluster Abaka (Sabah), Kluster Muhibbah Dua (Sabah) dan Kluster Taman Sourabaya Indah (Sarawak).

Sabah menyumbang 33.33 peratus kes, manakala Kelantan dan Labuan masing-masing 16.67 peratus.

Selain itu, Selangor, Sarawak, Pulau Pinang dan Pahang masing-masing menyumbang 8.33 peratus.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen