Gagal patuh SOP ketika majlis tahnik, Siti Nurhaliza dan suami dikompaun RM10,000

Memetik laporan Berita Harian, penyanyi terkenal tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dikenakan kompaun RM10,000 setiap seorang kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anaknya pada awal Mei.

Tokti dan suami dikompaun

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed menjelaskan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iairu Datuk Seri Dr Zulkifli serta pencerama Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Terdahulu, tular majlis tahnik anak kedua Tokti iaitu Muhammad Afwa yang dikatakan telah melanggar SOP apabila majlis tersebut dihadiri oleh tetamu yang ramai lebih-lebih dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, ada juga yang mendakwa bahawa salah seorang tetamu jemputan mereka melakukan aktiviti rentas negeri pada waktu PKP, namun ianya sudah didedahkan dengan kisah yang sebenar terhadap dakwan wargamaya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen