Terus melonjak naik, rekod terbaharu kes harian catat jumlah 7,857

Kes harian tertinggi

Hari ini bersamaan dengan 27 Mei, negara kita terus mencatatkan rekod baru jumlah kes harian yang tinggi dan jelas sekali ia membimbangkan.

Menerusi laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, kes harian yang direkodkan adalah sebanyak 7,857 yang mana negeri Selangor masih mendahului kedudukan pencapaian negeri paling ramai dijangkiti virus Covid-19 ini iaitu sebanyak 2,675.

Jumlah kes aktif membimbangkan

Ini menunjukkan bahawa jumlah kesuluruhan kes yang aktif adalah sebanyak 541,224 sementara jumlah kematian masih belum dikeluarkan oleh pihak kementerian.

Di kesempatan itu, turut dinasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa patuh kepada SOP dan tidak putus asa dalam membantu kerajaan serta kakitangan hospital dalam melandaikan lengkung virus ini.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen