"Vaksin AstraZeneca dimasukan ke senarai PICK, tidak ditawar secara sukarela lagi..." - Khairy Jamaluddin

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam orang ramai meluahkan rasa kecewa apabila tidak sempat menempah slot vaksin AstraZeneca fasa 2 yang dikatakan penuh tidak sampai sejam.

Sehubungan itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa vaksin AstraZeneca tidak lagi akan ditawarkan secara sukarela, sebaliknya akan dimasukkan kembali ke dalam senarai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Kita telah membuat keputusan bahawa bekalan vaksin AstraZeneca yang akan diterima pada bulan-bulan yang akan datang tidak lagi akan dilaksanakan secara opt-in sebaliknya akan kembali dimasukkan ke dalam senarai vaksin arus perdana PICK,” katanya.

Justeru itu, pihaknya memohon maaf berhubung kesulitan yang dihadapi orang ramai ketika melakukan tempahan slot vaksin AstraZeneca secara sukarela bagi pusingan kedua.

"Saya memohon maaf kepada semua pihak yang alami masalah layari laman web terutamanya kepada mereka yang tidak berjaya.

“Pengalaman pengguna atau “user experience” yang dilalui menyebabkan ramai yang kecewa akibat kegagalan sistem untuk memproses permintaan yang amat tinggi dengan cekap. Yes, it could have been much much better executed,” ujarnya lagi.

Beliau turut berkata, pihak kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk membolehkan orang ramai memilih vaksin yang mereka mahukan melalui aplikasi MySejahtera.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen