"Kami tak dapat terima pemohonan maaf..."- Isu hina pakaian tradisi Iban, Kemada buat laporan polis

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan seorang instafamous didakwa mempersenda pakaian tradisional wanita Iban, Kelab Kesenian dan Kebudayaan Dayak Sarawak (Kemada) telah tampil membuat laporan polis.

Menerusi laporan Bernama, laporan polis itu telah dibuat oleh pengerusi kelab berkenaan Jackery Hillary Chukan bersama lima ahli lain yang lengkap berpakaian tradisi pahlawan Iban di Balai Polis Lanang tengah hari tadi.

Menurut pengerusi kelab berkenaan, pihak meminta pihak polis melakukan siasatan terhadap Ryzal Duriankimchi kerana tidak sensitif dengan budaya kaum lain berdasarkan video dimuatnaik di media sosial.

“Komen-komen seperti itu menghina  pakaian  tradisional  kami  orang  Iban.  Kami  tidak  dapat menerima permohonan maaf yang beliau muat naik di media sosialnya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mahu pemilik nama Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim itu membuat kenyataan secara terbuka memohon maaf kerana menghina dan mempersenda pakaian tradisional masyarakat Iban.

Sementara itu, dalam satu kenyataan media bersama, Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) dan Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Sibu juga menyatakan rasa kesal dengan tindakan Ryzal tersebut.

Menurut Pengerusi SDNU Chambai Lindong, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya rakyatnya yang berbilang kaum dan setiap pakaian tradisi menjadi identiti kepada setiap kaum yang ada.

“Oleh demikian, setiap rakyat di negara ini bukan hanya harus saling menghormati antara satu sama lain tetapi turut menghormati kebudayaan dan tradisi masing-masing,” katanya sambil menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Ryzal.

Semalam, tular akan satu video dimuat naik menerusi Instagram Ryzal yang memaparkan dia sedang bergurau dengan isterinya, Maryam You Narae yang memakai pakaian tradisional Iban.

Bagaimanapun, tindakan tersebut mengundang kecaman netizen yang menganggap beliau tidak sensitif dan tidak menghormati masyarakat Iban.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen