Terlalu peribadi untuk kongsi masalah kesihatan, Eina Azman mohon maaf isu 'potong barisan'

Isu selebriti iaitu Datin Seri Paduka Eina Azman yang dipercayai 'potong barisan' sewaktu menerima vaksin terus menjadi bualan sejak beberapa hari, sehingga pihak hospital telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkara tersebut. 

Kenyataan rasmi daripada hospital 

 

Eina Azman mohon maaf

Sehubungan itu, Eina Azman menerusi muat naik kenyataan di laman Instagram telah memohon maaf di atas kekhilafannya atas kejadian yang terus menjadi kontroversi dalam kalangan wargamaya.

Harap isu kembali reda

Menurut Eina, dia memang mempunyai masalah kesihatan namun lebih memilih untuk tidak mewar-warkan kepada orang ramai, sebaliknya cukup sekadar ahli keluarga sahaja yang mengetahui akan perkara tersebut.

Susulan kejadian itu, beliau telah pun memadam posting yang dimuat naik olehnya di Instagram bagi mengelakkan isu bertambah rumit.

Terdahulu, tular di media sosial gambar yang dimuat naik oleh Eina Azman dan suami telah selesai menerima vaksin di sebuah Hospital di Ipoh sehingga menjadi tanda tanya wargamaya susulan keutamaan yang diberikan kepada pasangan tersebut, sedangkan ramai lagi golongan warga emas yang berisiko masih menunggu giliran mereka.

Bagi mengelakkan salah faham, pihak hospital tampil menjelaskan perkara sebenar, sekaligus menafikan isu selebriti terbabit memotong barisan seperti yang dikatakan oleh orang ramai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen