Kanak-kanak dirempuh kereta ketika melintas jalan, buatkan ramai gerun

Sejak semalam sebuah video seorang kanak-kanak perempuan dilanggar kereta ketika melintas jalan telah tular di laman sosial. 

Memetik laporan akhbar Kosmo, pada kejadian kira-kira pukul  5.45 petang di Jalan Kampung Delek itu, mangsa yang dikenali sebagai Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan mengalami kecederaan di limpa dan usus.

 

Tak perasan kereta, kanak-kanak terus melintas jalan

Mangsa cedera parah

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan iaitu Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramil memaklumkan kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Perodua Kembara dipandu kerani wanita berusia 21 tahun dalam perjalanan ke rumah di kampung sama.

"Secara tiba-tiba terdapat mangsa telah melintas jalan secara melulu dan menyebabkan kereta terbabit gagal mengelak sebelum melanggar kanak-kanak itu."

"Siasatan ke atas kenderaan itu mendapati wanita terbabit cuba menekan brek kecemasan semasa kejadian."

-Polis-

Tambah beliau lagi, mangsa telah dikejarkan ke hospital Tengku Ampuan Rahimah sebelum dibawa ke HKL untuk rawatan pakar susulan mengalami kecederaan parah di organ dalam.

Video rakaman Dashcam

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen