"Mohon jangan libatkan anak dan isteri..." -Ryzal akui salah & akan buat permohonan maaf terbuka

Oleh: Zuzu Yasmine

Akui kesalahan dan gurauan yang tidak sepatutnya pada pakaian tradisi wanita Iban, personaliti media sosial Ryzal Ibrahim meminta agar netizen berhenti mendoakan atau menghina anak dalam kandungan isterinya, Maryam.

Menerusi Instagram Ryzal dan Maryam, mereka sebelum ini sudah pun memohon maaf di atas kata-kata yang tidak sepatutnya sehingga menyentuh hati ramai pihak.

Mohon maaf sekali lagi

Namun begitu, dia dan isteri masih menerima pelbagai kecaman malah anak dalam kadungan Maryam juga turut terlibat.

Kecewa akan perkara itu, Ryzal sekali lagi memuat naik permohonan maaf dan berharap perkara ini akan diselesaikan dengan baik.

Tidak itu sahaja, pihaknya juga akan membuat pemohonan maaf secara langsung kepada Persatuan Anak Borneo Semenanjung pada waktu dan tarikh yang akan diberitahu kelak.

Jangan libatkan anak dalam kandungan

Sehubungan dengan itu, dia merayu kepada netizen agar tidak melibatkan anak dalam kandungan isterinya yang tidak bersalah memandangkan Maryam ketika ini baru hamil lima bulan.

Dalam kesempatan itu juga, Ryzal turut mengatakan bahawa pihaknya memaafkan mereka yang mengeluarkan kata-kata kurang enak kepada bakal anaknya kerana sedar akan kemarahan mereka.

Sejak semalam tular akan video Ryzal Ibrahim bergurau dengan isterinya yang sedang memakai pakaian tradisional Iban telah mencetuskan kemarahan anak jati negeri Sarawak terutama apabila pihaknya menyamakan baju tersebut dengan kain buruk.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen