Malaysia catat 8,290 kes positif Covid-19, paling tinggi dalam sejarah

Oleh: Zuzu Yasmine

Kes Covid-19 nampaknya semakin berada di tahap meresahkan, hari ini, negara sekali lagi mencacatkan angka tertinggi dengan 8,290 jangkitan baharu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitter sebentar tadi turut memaklumkan, Selangor terus kekal sebagai negeri tertinggi dengan 2,052 kes baharu.

Menurut beliau, negeri-negeri lain dengan kes tertinggi ialah Kelantan (851 kes), Kuala Lumpur (830 kes), Johor (762 kes) dan Sarawak (698 kes).

Sementara itu, Labuan mencatatkan kes terendah iaitu 6 kes dan Perlis lapan kes.

Sehubungan dengan itu, diharapkan orang ramai sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta melakukan kuarantin kendiri bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen