"Nak rebus rumput ke, itu saya punya pasal..." - Rita Rudaini bengang dituduh antivaksin

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara dituduh sebagai seorang anti vaksin, pelakon manis Rita Rudaini menyelar tindakan pengacara Fara Hanim Razak, selepas memuat naik hantaran di Twitter dipercayai ditujukan kepadanya.

Berjiran pelakon antivaksin?

Dalam perkongsian tersebut, Fara Hanim memberitahu bahawa selebriti dikenali sebagai ‘RR dan LL itu sering menyebarkan dakyah menghidu air rebusan bunga cengkih untuk mengelakkan Covid-19 dan menganggap wabak tersebut iluminati.

Tak puas hati, jumpa depan-depan

Terasa akan perkara tersebut, Rita Rudaini tampil memberi penjelasan di Instagram serta meluahkan rasa kesal atas tuduhan tersebut.

Menurut pelakon terkenal itu, dia tidak pernah menulis bahawa dirinya anti vaksin malah dia tidak menyangka mempunyai jiran sebegitu.

Dalam pada itu, Rita turut mengatakan bahawa tindakan pengacara itu tidak matang dan berharap pihak tersebut berani bersemuka dengannya jika tidak berpuas hati.

"Nampak sangat tak bijak kerana pasal vaksin saja pun nak pandang serong dekat orang. Islam pula tu.

"Kalau macam ini tak boleh buat jiran. Suka cakap belakang, depan bukan main manis mulut. Belakang busuk juga ye...

"Beginikah sikap seorang muslimah. Datanglah jumpa depan-depan, bukan tak pernah sembang pun,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Apa bukti antivaksin?

Menerusi Instagram Rita lagi, dia menjelaskan bahawa tindakannya berusaha untuk mencari alternatif lain bagi mengekalkan kesihatan badan dengan air rebusan herba.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak sama sekali mewakili pendiriannya sama ada menolak atau menerima vaksin.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen