Komen di IG Yonnyboi undang kontroversi, Zynakal dituduh perlekeh budaya Sarawak?

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih belum reda isu pasangan influencer mempersenda pakaian tradisi wanita Iban yang mengundang kecaman netizen.

Bagaimanapun, tular hari ini apabila ada seorang lagi selebriti dikatakan melakukan perkara yang sama.

Netizen sempat 'screenshot'

Difahamkan, komen yang dibuat oleh Zynakal di Instagram Yonnyboii membuat dirinya teruk dikecam netizen selain menyifatkan itu sebagai satu penghinaan buat masayarkat Sarawak.

Perkara tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai szabin dengan menyertakan beberapa tangkapan layar akan komen berkenaan sebelum Yonnyboii menutup ruangan komen gambar berkenaan.

Masalah mental bukan tiket jadi rasis

Posting tersebut membuatkan netizen kembali panas hati kerana merasakan komen sebegitu tidak menghormati budaya orang lain selain memandang rendah terhadap kaum bumiputera di Sarawak.

Dalam pada itu, netizen turut memperingatkan akan isu masalah mental yang dihadapi oleh penyanyi tersebut sebelum ini dan berharap agar isu ini tidak dikaitkan dengan depression.

Belum ada penjelasan dari kedua-dua pihak

Walau bagaimanapun, setakat ini Zynakal atau Yonnyboii masih belum tampil memberi penjelasan berkenaan perkara tersebut ataupun membuat pemohonan maaf atas komen itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen