Hanya kerana tak puas hati pasal ‘parking’ jiran bergaduh sehingga maut dibunuh

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan bersama warga asing sebelum ditemui mati terbaring di atas jalan di hadapan sebuah rumah di Jalan Temiang, petang semalam.

Menerusi laporan Kosmo Online!, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, pihak polis bergegas ke tempat kejadian kira-kira pukul 7.17 petang sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu yang memaklumkan berlaku pergaduhan melibatkan mangsa.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun terbaring di atas jalan raya di sebuah rumah di Jalan Temiang.

“Siasatan awal mendapati, sebelum kejadian berlaku pergaduhan antara mangsa dengan seorang lelaki melibatkan isu mangsa yang memparkir keretanya di hadapan rumah tersebut,” katanya.

Beliau berkata, isu berkenaan telah lama berlaku dan pada hari kejadian tuan rumah tersebut telah meletakkan tanda ‘No Parking’ atau ‘Jangan Parkir’ menggunakan cat berwarna merah di atas jalan raya di hadapan rumahnya.

“Akibat perbuatan tersebut, mangsa yang dipercayai meletakkan kenderaan untuk pergi ke rumah majikannya yang terletak bersebelahan rumah suspek berasa tidak puas hati dan telah membuat provokasi.


“Perkara itu menyebabkan berlaku sedikit pergaduhan dan pertengkaran antara mereka (suspek dan tuan rumah), bagaimanapun ia tidak teruk dan berakhir selepas itu,” jelasnya.

Menurut Mohd. Said, selepas pergaduhan tersebut mangsa dipercayai telah keluar dan tiba-tiba terjatuh di atas jalan raya dan meninggal dunia di situ.

“Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan suspek seorang lelaki warga Myanmar berusia 21 tahun yang tinggal di rumah tersebut bersama ibu dan bapanya.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku berlaku pertengkaran dengan mangsa, sememangnya suspek sedar selepas mereka bertengkar mangsa telah keluar dan tiba-tiba rebah.

“Semasa mangsa rebah, pertengkaran telah berakhir dan suspek mengaku berlaku sedikit tolak-menolak antara mereka tetapi perkara itu berakhir di situ,” katanya lagi.

Katanya, siasatan lanjut masih lagi dilakukan dan polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen