Tular dua keluarga bergaduh guna senjata, 10 suspek termasuk kanak-kanak 12 tahun ditahan

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam tular sebuah video pergaduhan melibatkan dua keluarga dipercayai kerana salah faham di kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PRR) Kempas, Johor Bahru.

Menerusi laporan Sinar Harian, pergaduhan tersebut dipercayai melibatkan senjata selepas seorang saksi di tempat kejadian dipercayai penduduk tempatan merakam insiden berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Wahid, polis menerima laporan orang awam berkenaan satu pergaduhan melibatkan sekumpulan penduduk pada jam 6.45 petang Rabu.

"Siasatan pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku antara dua buah keluarga berpunca daripada masalah peribadi. Kejadian tersebut telah dirakam seseorang yang tidak dikenali dan telah tular dalam media sosial.


"Berdasarkan risikan dan maklumat, pihak polis telah berjaya 10 suspek berusia antara 12 hingga 45 tahun.

"Kesemua suspek juga sudah diambil tindakan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa," katanya.

Difahamkan, kompaun telah dikeluarkan kepada kesemua suspek mengikut Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.

Manakala, pergaduhan pula sedang disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata.

Sebelum ini telah tular rakaman video berdurasi dua minit tujuh saat yang memaparkan sekumpulan individu berkumpul di kawasan lapang berkenaan di PPR terbabit sebelum berlaku pertengkaran.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen